


Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Dongyang Mirae University, Seoul pada 10 Julai 2026.
Kerjasama ini membuka peluang kepada kumpulan perintis seramai 10 orang pelajar Kelantan, yang sebahagian besarnya merupakan lepasan tahfiz YIK, untuk mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Dongyang Mirae University mulai September 2026.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kelantan Sejahtera 2033 dalam membangunkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global, tanpa memisahkan kecemerlangan akademik daripada pembinaan jati diri.
Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada generasi masa hadapan serta menyumbang kepada kemajuan agama, negeri dan negara.
#KelantanSejahtera2033 #MembangunBersamaIslam
#PendidikanKelantan #TVETKelantan