.jpeg)


12 Julai 2026 (Ahad) – YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, bertempat di pejabat beliau.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada perkembangan projek-projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sedang dilaksanakan di Negeri Kelantan. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai agenda pembangunan infrastruktur, status semasa projek-projek strategik serta potensi kerjasama teknikal demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Jalinan kerjasama yang erat antara kepimpinan negeri dengan agensi teknikal seperti JKR amat penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap, berkesan dan memberikan impak terbaik kepada rakyat.
Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderamata, sebelum delegasi YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Kerja Raya diraikan dalam jamuan makan tengah hari.
#KelantanSejahtera2033 #MembangunBersamaIslam
#KerajaanNegeriKelantan #JKRMalaysia #PembangunanInfrastruktur#